Monday, November 14, 2011

SPM dan MEREKA

Alhamdulillah, singgah sebentar ke notahamba, bagi menambah lagi nota saya buat tatapan anda semua. Terimalah.

SPM dan MEREKA


14 NOVEMBER, hari ini, SPM 2011 membuka tirainya. Pastinya, debaran melanda buat calon-calon SPM tahun ini. Buat anda yang mengambil SPM tahun ini, saya doakan moga anda dapat melakukan yang terbaik dan semoga Allah redha dengan anda. Sebelum-sebelum ini, pelbagai ta'rif saya dengar untuk 'SPM'. Antaranya

Sijil Pelajaran Malaysia

Sijil Padang Mahsyar

Sijil Papa Mama

Tidak kiralah apapun ia, buatlah kerana ALLAH! Nescaya kejayaan menantimu..insyaALLAH!

Hakikatnya, saya menulis kali ini kerana SPM begitu mengingatkan saya pada sesuatu. Pada sesuatu yang begitu membuatkan saya menyelak halaman memori saya pada kenangan dahulu. Ya, kenangan ketika saya dan teman-teman ketika kami melalui SPM dahulu. Melihat adik-adik yang pelbagai ragam sebelum melangkahkan kaki ke dewan SPM begitu mengingatkan saya pada ragam saya dan teman-teman ketika hari pertama SPM tahun lalu. Ia sungguh menyeksa jiwa saya dek teringatkan MEREKA. Siapakah mereka? Inilah MEREKA yang saya maksudkan.


Seusai malam kemuncak program Graduasi

Apa tidaknya, ketika SPM, hanya f5 sahaja yang berada di sekolah dan asrama, sehingga terdengar juga di telinga saya, gelaran sekolah f5. Ketika inilah, puncak kemesraan ukhuwah terbentuk. Tambahan pula, ini adalah saat genting sebelum perpisahan.


Tidak beriman seseorang diantara kamu, sehingga dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri''

-alhadith-

Rindu saya pada mereka begitu menggunung kala ini. Namun, untuk berkumpul seperti dahulu, mungkin tidak mustahil, tetapi amat-amat sukar. 3 orang sudah berada di timur tengah, seorang di kepulauan Borneo, 20+ di Kelantan, 6 orang, masih di Perlis..dan pelbagai tempat lagi..Hanya gambar sahaja yang mampu mengubat rindu saya kala ini kerana masing-masing punya urusan yang tersendiri..oh! rindunya saya pada MEREKA!


Persiapan malam kemuncak Graduasi


Baba~dik Man


Rindu~~


Mesyuarat sebentar

Ya, MEREKA adalah permata16, yang saya tak pernah lupa... Rindu saya pada mereka, hanya Tuhan yang tahu! Moga Dia dapat membalas kerinduan ini dengan pertemuan kami di syurgaNya!

Sekian
Teratak ayahbonda,
Isnin, 14 November 2011
11:35 p.m

p/s: Permata16 sekalian, adakah kalian juga rindu pada saya?..^_^

Thursday, November 10, 2011

Masa lapang usah disiakan


Alhamdulillah dipanjatkan sekali lagi kerana Allah memberi saya peluang untuk tambah lagi nota-nota saya disini. Kali ini, saya tak berhajat untuk tulis panjang kerana gambar baby yang comel di atas itu menggambarkan keadaan diri saya sekarang -letih? mungkin. Sekadar ingin berkongsi pengalaman.

Cuti saya pada kali ini memakan masa hampir 2 bulan dan saya cuba untuk mengisinya dengan perkara-perkara yang dapat meningkatkan kemahiran serta pengalaman dalam diri saya. Jika cuti sebelum2 ini, saya sering mengatur jadual agar saya tidak membuang masa sehingga melekakan diri saya, namun, saya tak berjaya mematuhi jadual itu 100%. Allah Maha Mengetahui. Dia telah mengizinkan saya untuk berkhidmat di sebuah sekolah sebagai seorang kerani di bahagian pentadbiran sekolah. Jika di tingkatan 4 dahulu, saya pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Pentadbiran ketika mengikuti program usahawan muda, namun, pada kali ini, allah memberi izinNya kepada saya untuk mendalami bahagian pentadbiran dalam konteks sekolah. Hari ini hari pertama saya bertugas. Secara keseluruhannya, saya dapat melihat bahawa kerja sebagai seorang kerani bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Ramai orang melihat pekerjaan sebagai kerani adalah pekerjaan di tahap rendah, bukan di kelas atasan. Ya, hakikatnya memang begitu, namun, tanpa kerani di sebuah institusi atau syarikat, pastinya perjalanan syarikat itu akan tergendala. Segala urusan surat menyurat, bil2, daftar masuk senarai nama dan pelbagai lagi diuruskan oleh kerani. Dan pastinya, tidak semua orang mampu melakukan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang kerani. Bukanlah tujuan saya untuk mempromosikan bidang ke'kerani'an, hanya sekadar perkongsian. Apa yang saya dapat simpulkan, tidak ada benda yang mudah dalam hidup. Semuanya memerlukan usaha dan pengorbanan. Begitu juga dengan masa, andai kita menggunakan masa ini dengan mudah seperti untuk tidur, buang masa, pastinya kerugian akan berpihak kepada kita. Namun, andai kita memanfaatkan masa yang ada untuk menggunakan segala kudrat yang ada untuk ISLAM dalam segala bidang yang diceburi, InsyaAllah, kita tidak rugi di akhirat nanti.

" Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamuaku tunjukkan kepadamu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui "
-assaff:10&11-

wallahu'alam


Wednesday, November 9, 2011

Perasmian nota hamba



Alhamdulillah. Alhamdulilah. Alhamdulillah. Panjatan syukur buat Illahi kerana untuk kesekian kalinya, Dia mengizinkan saya untuk menukilkan blog kepunyaan saya sendiri. Sejujrnya, sebelum ini, pernah beberapa kali saya mencipta blog sendiri, namun, terhenti di tengah jalan kerana ketidakpekaan saya sendiri terhadap blog2 saya sebelum ini. Namun, sedari usia saya yang kian bertambah, banyak perkara yang ingin saya terjemahkan dalam bentuk tulisan di alam maya. Tambahan, saya adalah antara orang suka berbahasa di dalam tulisan. Jadi, melihat kepada kelapangan masa saya di musim cuti sekolah ini, saya mengambil keputusan untuk mewujudkan kembali catatan rasmi saya di alam maya ini. ya, mungkin, saya belum tentu akan konsisten dengan tulisan saya 100% peratus atas kekangan masa di asrama. Namun, sya cuba agar catatan saya disini menjadi wasilah untuk saya terus maju dalam bidang penulisan sekaligus menyampaikan segala imlu yang diperolehi di sini. Insya-Allah

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes