Thursday, November 10, 2011

Masa lapang usah disiakan


Alhamdulillah dipanjatkan sekali lagi kerana Allah memberi saya peluang untuk tambah lagi nota-nota saya disini. Kali ini, saya tak berhajat untuk tulis panjang kerana gambar baby yang comel di atas itu menggambarkan keadaan diri saya sekarang -letih? mungkin. Sekadar ingin berkongsi pengalaman.

Cuti saya pada kali ini memakan masa hampir 2 bulan dan saya cuba untuk mengisinya dengan perkara-perkara yang dapat meningkatkan kemahiran serta pengalaman dalam diri saya. Jika cuti sebelum2 ini, saya sering mengatur jadual agar saya tidak membuang masa sehingga melekakan diri saya, namun, saya tak berjaya mematuhi jadual itu 100%. Allah Maha Mengetahui. Dia telah mengizinkan saya untuk berkhidmat di sebuah sekolah sebagai seorang kerani di bahagian pentadbiran sekolah. Jika di tingkatan 4 dahulu, saya pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Pentadbiran ketika mengikuti program usahawan muda, namun, pada kali ini, allah memberi izinNya kepada saya untuk mendalami bahagian pentadbiran dalam konteks sekolah. Hari ini hari pertama saya bertugas. Secara keseluruhannya, saya dapat melihat bahawa kerja sebagai seorang kerani bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Ramai orang melihat pekerjaan sebagai kerani adalah pekerjaan di tahap rendah, bukan di kelas atasan. Ya, hakikatnya memang begitu, namun, tanpa kerani di sebuah institusi atau syarikat, pastinya perjalanan syarikat itu akan tergendala. Segala urusan surat menyurat, bil2, daftar masuk senarai nama dan pelbagai lagi diuruskan oleh kerani. Dan pastinya, tidak semua orang mampu melakukan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang kerani. Bukanlah tujuan saya untuk mempromosikan bidang ke'kerani'an, hanya sekadar perkongsian. Apa yang saya dapat simpulkan, tidak ada benda yang mudah dalam hidup. Semuanya memerlukan usaha dan pengorbanan. Begitu juga dengan masa, andai kita menggunakan masa ini dengan mudah seperti untuk tidur, buang masa, pastinya kerugian akan berpihak kepada kita. Namun, andai kita memanfaatkan masa yang ada untuk menggunakan segala kudrat yang ada untuk ISLAM dalam segala bidang yang diceburi, InsyaAllah, kita tidak rugi di akhirat nanti.

" Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamuaku tunjukkan kepadamu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui "
-assaff:10&11-

wallahu'alam


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes